Rabu, 24 Oktober 2012

Hukum Membaca al Quran dan Menghadiahkan Kepada Orang yang Telah Meninggal Dunia


Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia

Persoalan mengenai BID`AH sebenarnya telah diselesaikan oleh Ulama lama dahulu dan sekarang ini telah ditimbulkan semula oleh golongan yang tidak memahami KHILAF IJTIHAD Ulama,
Yang kemudiannya mengatakan bahawa ia adalah BID'AH (sesat) walaupun sudah ada DALIL dan HUJJAH dari Al Quran dan Hadits.

Sekiranya ada yang mengatakan bacaan Al Quran dan doa ia tidak sampai kepada Si Mayyit maka tidak perlu mengatakan ia sebagai bid'ah, kerana ijtihad yang memngatakan ia boleh adalah hasil dari penyelidikan Ulama dari Al Quran dan Hadits sebelum mengeluarkan hukum bahawa sampainya pahala kepada si mayyit...
Ulama terdahulu apabila berbeza pendapat mereka tidak akan membid'ahkan pendapat Ulama yang membolehkan.

Menurut Prof Dr Wahbah az Zuhaili Mazhab Imam Ahmad dan Jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi'iyah yang kemudian berpendapat sampai pahala amalan tersebut.

Imam Abu Hanifah berpendapat :

"Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : "Bacalah ayat Kursi tiga kali' dan "qul huwaLLahu Ahad" dan katakanlah : "Ya Allaah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur."

Dalil dari Al Quran

Asy Sya'ani juga menyebutkan dalil pendapat kedua dari Kitabullaah, sunnah dan Ijmak serta kaedah syariat.
Iaitu mereka yang mengatakan bahawa mayat mendapat manfaat atas apa yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuknya....
Adapun dalil dari Al Quran adalah firman Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala. yang Bermaksud:

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kamu yang mendahului kami dalam iman..........."
(Surah Al Hasyr : 10)

Maka Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala. memuji mereka di atas istighfar mereka kepada kaum Mukminin sebelum mereka....
Maka hal itu menunjukkan bahawa mayat mendapat manfaat daripada doa adalah kesepakatan umat atas doa terhadap mereka dalam Sholat jenazah.

Juga telah Ijmak bahawa membayar hutang orang yang sudah meninggal adalah boleh sama ada oleh kerabat atau bukan.
Dan juga jika orang yang masih hidup memiliki hak pada orang yang sudah meninggal, lalu ia menggugurkan haknya dan mengikhlaskannya,
Maka hal itu boleh dan dapat membebaskan orang yang sudah meninggal Daripada Beban Hutangnya....

Dalil Dari Hadith :

Ibn Hibban dalam kitab Shohihnya meriwayatkan hadits Jundab bin Abdillaah, Rosuulullaahi shollallaahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Surah Al Baqoroh adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allaah dan pahala Akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah Al Baqoroh. Demikian juga Al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid Al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

))===*PENDAPAT DARI IMAM BAWAWI*===((:

Imam Nawawi berkata:

"Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya.
Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam Al Hadits. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat Al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur.

Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam Asy Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)

Imam al Nawawi, Al majmu' syarh al muhazzab jilid V h 286.

))===* PENDAPAT IMAM AHMAD*===((:

Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca Al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah Al Baqoroh di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya 'Al Mughni (2/567) di dalam masalah: Ziarah Kubur.

Berdoalah kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala.
Agar pahala kita membaca ayat Al Quran sampai kepada si Mayat,
Kerana Allaah sendiri telah berfirman yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang Sombong Takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan HINA...”
( Surah Al-Mukmin: 60)

Antara Ulama terkini yang lain mengatakan sampainya pahala Adalah, seperti : Profesor Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Almaliki Al Hasani, Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, dan ramai lagi.

Sumber Rujukan :

1. Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq Al amal fi ma yan fa'u Al mayyitu min Al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, Al Bid'ah fi Al Mafhum Al Islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

3. Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, Al Fatawa al mu'asaroh, iBook Publication, 2005, Kuala Lumpur

4. Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa Al Bugho & Ali Asy Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Al Fiqhu Al Manhaji, Pustaka Salam, 2005. Kuala Lumpur.

WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...

SILAKAN DITAG/SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar